CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Tuesday, July 12, 2011

tahniah peserta2 BERSIH 2.0



TAHNIAH BUAT PESERTA2 BERSIH 2.0..!!

bersih 2.0 telah berjaya mencipta satu lagi sejarah buat malaysia.. titik perubahan telah nampak dilihat dari bersih 2.0 ini, dimana rakyat malaysia kini ingin kan perubahan dalam pentadbiran negara. rakyat mahukan pilihan raye yg adil dan tulus, dimane selame ini byk pihak telah dikuasai oleh kerajaan terutamanya Media.

tahniah peserta bersih, walaupun byk halangan dari pihak berkuasa, tetapi lebih dari 50 000 berjaya berkumpul untuk menuntut keadilan yg diharapkan selama ini.. bkan stakat di kuala lumpur saja, tetapi rakan2 kita di 29 buah negara juga telah mngadakan perhimpunan bersih ini. antaranya australia, mesir, hongkong, usa dan byk lagi..

tahniah sekali diucapkan..!! takbir..!!

Friday, July 8, 2011

selamat berjaya wahai pejuang2 bersih 2.0



TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0 :

BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)

Reformasikan Undi Pos

Gunakan Dakwat Kekal

Akses Media Yang Bebas & Adil

Tempoh Berkempen Minima 21 Hari

Kukuhkan Institusi Awam

Hentikan Rasuah

Hentikan Politik Kotor



*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *


Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

Duit-maksimum RM100 sahaja.

Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0

Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*

Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.

Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.

Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.

Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

SELAMAT BERJUANG MENEGAKKAN KEADILAN