Kepade rakan2 trekker boyz aku.. ade berani kah..?? ape brg asyik tido kat kemah je.. hahaha.. next hiking kt wat cmni.. ade beran..??? hahaha..







Kepade rakan2 trekker boyz aku.. ade berani kah..?? ape brg asyik tido kat kemah je.. hahaha.. next hiking kt wat cmni.. ade beran..??? hahaha..







Posted by amir acap at 10:49 AM 0 comments
Hari ni lah 1st time aku celebrate befday ngan noor sharin..hehe.. =) hepi gile.. !!
so kami plan utk jumpe di klcc..hehehe.. pagi2 lagi aku da follow ayah aku g ofis, so xyah la susah2 nek ktm..hehe.. dlm ati xsabar2 nak jumpe rin sbnarnye..hehehe..
so kami jumpe kul 12 mcm tu la.. smpai2 tu rin ngah tggu aku kat kinokuniya..hehehe.. pas borak2, pusing2 klcc tu, rin ajak aku g secret recipe.. =) wah..!!! hehehe.. nak order pun sgan2 sbnarnye..hehehe.. tp rin nak blnje kan..hee.. aku order nasi ayam chicken chop..heee.. rin pulak order kuey teow tomyam..hehehe.. sdap gle.. =)

pas abih makan sume, sementar nak tggu zohor, kami jalan2 la dlu kat taman klcc tu..hehehe.. nasib baik cuace xpanas sgt..hee.. =)
so nak time nak balik, "hepi befday amir" smbil tgn die bg aku hadiah..bsar gak kotaknye..dlm ati aku, ape la agknye ni..hehehe.. balik2 umah, aku terus bukak.. Pergh..!!!!!!!!!!! bola Manchester United tu..!! THANK YOU RINNNN...!!! =) hepi gile dpt bola tu.. mklum la, aku kan peminat sita MU..hehehe..
so buat noor sharin, thanks ye sbb byk blnje amir, befday kamu nnti, amir blnje kamu pulak ye..hee.. thank you so much.. =)
Posted by amir acap at 12:03 AM 0 comments
maybe tgk gambar2 ni, mcm amek kat movie2 je, or maybe edit je, tapi sebenarnye ni adalah gmbar2 btol.. gmbar2 ni diambil secare kbetulan, dan telah pun mendapat anugerah dari national geographic "photo of the year".




Posted by amir acap at 1:45 AM 0 comments
GLORY GLORY MU..!!! akhirnya Manchester united telah berjaya memecah rekod club paling byk memenangi liga, iaitu 19 kali.. sebelum ini, MU telah berkongsi rekod dgn liverpool iaitu 18 kali memenangi liga..
Tahniah buat Sir Alex ferguson yg berjaya membawa MU memecah rekod liverpool dgn 19 kail kejuaraan ini.. Sir Alex ferguson menjadi pengurus pling berjaya dlm sejarah bola sepak england kerane berjaye mnang lebih 30 trophy spanjang kariernye..
tahniah buat player2 MU yg bersungguh2 utk menang gelaran kali ke-19 ini.. tahniah buat rooney, giggs, scholes, van der sar, vidic, ferdinand, park ji sung, nani, carrick, evra, berbatov, chicrito, kembar fabio dan rafael, o'shea, brown, anderson, gibson dan semua player2 united yg lain..
So truskan utk MISI uefa plak.. kt kalahkan BARCELONA...!!
Posted by amir acap at 1:40 AM 0 comments


Posted by amir acap at 10:38 PM 1 comments
Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariqdan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa. Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan

darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasib umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.
Sekian, wasalam.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M
Posted by amir acap at 4:54 AM 0 comments