CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Monday, January 31, 2011

berita terbaru pelajar kita di mesir


keaadaan pelajar kita di mesir makin membimbangkan.. kt berdoa agar mereka segere di bawa balik..keadaan di mesir semakin tidak terkawal.. ade yg dirogol, dirompak dan sebagainye..tapi ape yg mereka boleh buat, polis tidak berani masuk ke bandar..kerana rusuhan xdpt dikawal lagi.. sebenarnye byk lagi perkara yg kt xtaw berlaku disana.. media kt tidak beberapa ketengahkan isu di mesir ini..

antara yg latest skang :

-Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.

-Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.

-Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes

-Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan -Egypt.

-Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.


semoga kerajaan malaysia dapat membawa pulang segere rakan2 kt yg berada disana, sblum ade perkara buruk yg berlaku.. sekian..


10 000 pelajar dan rakyat malaysia di Mesir dalam bahaya


KETEGANGAN yg berlaku di mesir, terutama di kaherah makin teruk dan berbahaya.. ada maklumat yg diperolehi mengatakan bahawa keadaan di sana sangat kritikal dan boleh di anggap sebagai darurat.. penggunaan internet dan telefon telah dimatikan dgn serte merta disana.. perhubungan dgn dunia luar telah terputus disababkan kerajaan tidak mahu sbrang maklumat smpai ke luar..


keadaan makin parah apabila tiada langsung tentera dan polis..yg ada hanya lah rakyat.. balai polis telah dibakar..banduan2 telah berjaya melepaskan diri.. harta benda awam habis hancur akibat rusuhan org ramai.. tembak menembak kedengaran setiap masa.. mesin atm hancur sehingga xdpt keluarkan duit.. air dan elektrik juga telah dimatikan..


marilah kt same2 berdoa semoga seramai 10 000 saudara2 dan kawan2 kt dari malaysia selamat dibawah lindungan ALLAH S.W.T.. andai kata keadaan disana bertambah parah, kt berharap agar kerajaan Malaysia segera membawa balik pelajar2 kt dgn segera, supaya ape yg tak diingini tidak berlaku kepada mereka..sekian..


Saturday, January 22, 2011

Pesta rebut duit syiling


yeah cite menarik semalam..!!
pesta kutip duit syiling telah dilangsungkan di kilometer 243 lebuh-raya utara selatan menghala ke selatan berhampiran tol pedas.. ahah.. 'Pesta rebut duit syiling' ini terjadi apabila sebuah Toyota hilux yg membawa 1 peti besi duit syiling bernilai RM 75000 telah mngalami kemalangan..

duit syiling RM 75 000 depan mate, sape xnak oii..hehehe.. mmg berpesta la org dok kutip syiling yg bertabur kat highway tu.. ade yg isi dlm topi keledar la, dlm bju, dlm bonet..hahaha.. yela, bukan senang nak dpt durian runtuh cmni kan..hee.. sekian.. =)


Friday, January 21, 2011

Hotel diperbuat dari sampah

pergh..!! stylo la..hee.. ni antare hotel yg unik pernah aku jumpe.. hotel yg diperbuat dari sampah sarap..!! memang la cm geli bile dgr kan..hee.. tp style hotel ni..hotel yg di beri name "save the beach" ini telah didirikan di di Pantai Capocotta, dekat dengan 2nd Century Castel Sant’Angelo di tepi Tiber, Roma Italia..

hotel ini telah dibina dengan 12 ton sampah sarap yg padat di perolehi dari pusat pengumpulan sampah di kawasan pntai tersebut.. tujuan hotel 'sampah' ini didirikan bertujuan utk memberi kesedaran kepade pengunjung dan org ramai mengenai tabiat membuang smpah merata2 yg boleh merosakkan persekitaran pntai dan memusnahkan kehidupan laut..

hotel yg unik ini telah di inspirasikan oleh seniman Jerman bernama HA Schult.. ketika ini hotel ini hanya mempunyai 5 buah bilik..tetapi mempunyai permintaan yg banyak.. jika diperhatikan, sampah2 yg mendirikan hotel ini adelah sampah2 yg biase dibunag oleh pengunjung2 pantai..

so, kt mampu mengubah tabiat suka membuang sampah merata2 ni.. jgn kt mengotori alam ciptaan tuhan yg indah ini.. sekian.. =)

Thursday, January 20, 2011

wasiat Imam Syafie sebelum kembali ke rahmatullah


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada
para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat
tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat
maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan
yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah,
membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata
benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran
takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara
terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu :
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas
nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda,
berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi
para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah
kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci
kemaksiatan. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Tuesday, January 18, 2011

Peta dunia jika diterbalikkan terbentuk kalimah ALLAH dan MUHAMMAD



Peta dunia jika diterbalikkan, terbentuknye kalimah
ALLAH dan MUHAMMAD..

SUBHANALLAH..


Qs.6 An’aam:75. “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin.”