CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Tuesday, July 12, 2011

tahniah peserta2 BERSIH 2.0



TAHNIAH BUAT PESERTA2 BERSIH 2.0..!!

bersih 2.0 telah berjaya mencipta satu lagi sejarah buat malaysia.. titik perubahan telah nampak dilihat dari bersih 2.0 ini, dimana rakyat malaysia kini ingin kan perubahan dalam pentadbiran negara. rakyat mahukan pilihan raye yg adil dan tulus, dimane selame ini byk pihak telah dikuasai oleh kerajaan terutamanya Media.

tahniah peserta bersih, walaupun byk halangan dari pihak berkuasa, tetapi lebih dari 50 000 berjaya berkumpul untuk menuntut keadilan yg diharapkan selama ini.. bkan stakat di kuala lumpur saja, tetapi rakan2 kita di 29 buah negara juga telah mngadakan perhimpunan bersih ini. antaranya australia, mesir, hongkong, usa dan byk lagi..

tahniah sekali diucapkan..!! takbir..!!

Friday, July 8, 2011

selamat berjaya wahai pejuang2 bersih 2.0



TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0 :

BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)

Reformasikan Undi Pos

Gunakan Dakwat Kekal

Akses Media Yang Bebas & Adil

Tempoh Berkempen Minima 21 Hari

Kukuhkan Institusi Awam

Hentikan Rasuah

Hentikan Politik Kotor



*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *


Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

Duit-maksimum RM100 sahaja.

Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0

Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*

Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.

Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.

Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.

Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

SELAMAT BERJUANG MENEGAKKAN KEADILAN

Saturday, June 25, 2011

ANYTHING ALSO GOT POSSIBLE

Setelah merantau hampir ke seluruh pelosok dunia, ni la antara gambar2 yg sempat aku snap..ahah.. ape pon x boleh..hahaha..



















































Sunday, June 19, 2011

selamat hari bapa, papa.. =)

HAPPY FATHERS DAY




"walk a little slower, father", said a little child very small.


"im following in your footsteps, And i don't want to fall..."


selamat hari bapa, papa.. terima kasih kerana telah menjadi papa yg hebat kepade abg and adik2.. terima kasih jugak sbb telah mngajar kami erti kehidupan.. insya'Allah kami akan buat yang terbaik utk membalas pengorbanan papa dan mama kepade kami..Allah je dpt membalas pengorbanan papa dan mama.. doa kan kejayaan abg ngan adik2.. =) semoga papa n mama sentiase sihat dan ceria selalu.. =)


Thursday, June 16, 2011

Penangan cite Nora Elena

sehari selepas tamat cite Nora Elena (slot akasia tv3), pakar ramalan malaysia meramalkan bahawa 10 perubahan yang ketara akan berlaku di Malaysia.



1. Kedai2 bunga di Malaysia mendapat keuntungan berlipat kali ganda. ini kerana setiap bonet kete pemuda2 di Malaysia penuh dengan jambangan2 bunga.


2. 'Seth Tan' kini menjadi mimipi2 gadis2 Malaysia. membayangkan akan mendapat pakwe romantik macam seth tan sehingga terbawak2 dlm mimpi.


3. Ramai jejaka2 pergi ke kedai makan, bkan untuk makan, tp untuk cari awek2 yg bwk air, dan langgar awek tersebut, dan pakse awek tersebut basuh bju die yg tertumpah air tu.. dgn harapan, cinta akan berputik.



4. banyak terjadinya pergaduhan besar kapel2 di malaysia. setiap kali gado, awek mesti akan kaitkan dgn seth tan, sebagai contoh, "Cube lah jadi la macam seth tan, romantik! pandai pujuk nora Elena! x mcm awak!!!".


5. tokei kedai buku terpakse g kedai buku len sebab nak beli novel kasih yang suci, utk jual kat kedai buku die, sebab kat kedai buku die da abih stock.


6. laki yg selama ni xpenah bac novel, tibe2 plak pinjam kat membe pompuan diorg novel kasih yang suci sebab nak amek ayat2 seth tan. nak ayat awek la kate kan.


7. langkawi dan dan pusat2 percutian lain berkemungkinan akan jatuh merundum kerana Cameron Highland jadi pusat percutian utama pada tahun ini.


8. Bos2 menjadi 'blur' kerana setiap meje2 staff perempuan penuh ngan jambangan bunga.. ofis jadi meriah.. staff2 laki plak berbulu je tgk meje budak2 ni.


9. isteri2 yang mngandung sibuk duk complain kat suami diorg, suh angkat diorg g hospital, mcm seth tan angkat nora elena.



10. pasni sume pakat duk melamar awek care yg same, letak cincin atas kek.. kalo awek tu perasan xpe, buatnye tertelan cincin tu, x ke naye kawan tu. awek tercekik, pakwe pun tercekik, sbb cincin mahal tuu...


Pergh besar sungguh pengaruh cite Nora Elena ni.. tahniah la kepade penerbit cite tersebut..hee.. sekian.

Wednesday, June 15, 2011

Entry untuk ahli2 Trekker Boyz

Kepade rakan2 trekker boyz aku.. ade berani kah..?? ape brg asyik tido kat kemah je.. hahaha.. next hiking kt wat cmni.. ade beran..??? hahaha..










Sunday, May 29, 2011

18 April 2011 (sehari bersamanya)

Hari ni lah 1st time aku celebrate befday ngan noor sharin..hehe.. =) hepi gile.. !!


so kami plan utk jumpe di klcc..hehehe.. pagi2 lagi aku da follow ayah aku g ofis, so xyah la susah2 nek ktm..hehe.. dlm ati xsabar2 nak jumpe rin sbnarnye..hehehe..
so kami jumpe kul 12 mcm tu la.. smpai2 tu rin ngah tggu aku kat kinokuniya..hehehe.. pas borak2, pusing2 klcc tu, rin ajak aku g secret recipe.. =) wah..!!! hehehe.. nak order pun sgan2 sbnarnye..hehehe.. tp rin nak blnje kan..hee.. aku order nasi ayam chicken chop..heee.. rin pulak order kuey teow tomyam..hehehe.. sdap gle.. =)


pas abih makan sume, sementar nak tggu zohor, kami jalan2 la dlu kat taman klcc tu..hehehe.. nasib baik cuace xpanas sgt..hee.. =)



so nak time nak balik, "hepi befday amir" smbil tgn die bg aku hadiah..bsar gak kotaknye..dlm ati aku, ape la agknye ni..hehehe.. balik2 umah, aku terus bukak.. Pergh..!!!!!!!!!!! bola Manchester United tu..!! THANK YOU RINNNN...!!! =) hepi gile dpt bola tu.. mklum la, aku kan peminat sita MU..hehehe..

so buat noor sharin, thanks ye sbb byk blnje amir, befday kamu nnti, amir blnje kamu pulak ye..hee.. thank you so much.. =)

Wednesday, May 25, 2011

Death cannot be closer than this

maybe tgk gambar2 ni, mcm amek kat movie2 je, or maybe edit je, tapi sebenarnye ni adalah gmbar2 btol.. gmbar2 ni diambil secare kbetulan, dan telah pun mendapat anugerah dari national geographic "photo of the year".



DEATH CANNOT BE CLOSER THAN THIS

Monday, May 23, 2011

Manchester United win a record 19th league title




GLORY GLORY MU..!!! akhirnya Manchester united telah berjaya memecah rekod club paling byk memenangi liga, iaitu 19 kali.. sebelum ini, MU telah berkongsi rekod dgn liverpool iaitu 18 kali memenangi liga..

Tahniah buat Sir Alex ferguson yg berjaya membawa MU memecah rekod liverpool dgn 19 kail kejuaraan ini.. Sir Alex ferguson menjadi pengurus pling berjaya dlm sejarah bola sepak england kerane berjaye mnang lebih 30 trophy spanjang kariernye..

tahniah buat player2 MU yg bersungguh2 utk menang gelaran kali ke-19 ini.. tahniah buat rooney, giggs, scholes, van der sar, vidic, ferdinand, park ji sung, nani, carrick, evra, berbatov, chicrito, kembar fabio dan rafael, o'shea, brown, anderson, gibson dan semua player2 united yg lain..

So truskan utk MISI uefa plak.. kt kalahkan BARCELONA...!!