CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Tuesday, January 24, 2012

Mission Sahabat Rasululluah

Alhamdulillah, semalam aku baru balik dari keluar 3 hari bersama satu jemaah tabligh dari bukit beruntung ke felda gedangse berhampiran dgn tg malim dan behrang.. alhamdulillah, aku berase syukur sgt2 sbb Allah telah pilih aku utk keluar buat kerja2 dakwah yg nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat2 Nabi tinggalkan kepada kita iaitu umat akhir zaman.. para sahabat Nabi ada 124 000 orang semuanya, tapi kubur para sahabat di madinah dan mekah hanya ade 10 000 sahaja..dimanakah selebihnya..?? selebihnye, semua bertebaran menyebarkan agama Allah..

selama 3 hari ni, banyak aku belajar dan mendengar kebesaran Allah dan jaminan Allah dan Rasulullah kepada mereke yg keluar ke jalan Allah ini.. bukan semua antara kita yg Allah pilih utk kt keluar buat kerje dakwah ni.. aku rase bersyukur sgt2..


aku mula keluar pada hari jumaat, haji munir (jiran aku) amek dirumah aku kul 11.30 malam, dan kami beriktikaf di surau telipot, bukit beruntung sebelum keesokannye akan bertolak ke masjid felda gedangse.. lepas subuh haji munir g amek jiran aku zubairdirumahnye pula utk bersama2 ikut keluar ke jalan Allah ni..

so hari 1st aku dapat ilmu dari haji munir, adalah kisah nabi Musa A.S.. time tu haji munir bagi ubat resdung kat aku.. sebab aku asik bersin je time subuh td.. so, haji munir cite la, suatu hari, nabi Musa a.s ni sakit.. lalu nabi musa pun memohon kat Allah, "ya Allah, sembuhkan la sakit ku ini". Allah pun berfirman, " wahai Musa, kau pergi lah ke suatu tempat ni, cari la pokok itu, dan ambil daunnya kemudia makan.." . nabi Musa pun segere ke tempat itu dan mencari pokok tersebut, lalu makan daunnye.. dgn izin Allah maka nabi Musa pun sembuh..


pada hari yg lain pula, tibe2 nabi Musa datng lagi sakit yg sama.. maka kali ini, nabi musa terus ke pokok tersebut lalu memakan daunnya.. tapi tidak sembuh sakit yg di alami nya.. kemudian dia pun berkata kepada Allah, "ya Allah, kenapa aku makan daun yg Kau cakap hari tu, tapi tidak juga sembuh ya Allah..??". Lalu Allah berkata, " wahai Musa, dulu ketika kau sakit, kau mengadu kepada aku dulu, tapi kini, kau x mngadu pun pada ku, malah kau terus pergi ke pokok tersebut lalu makan daun itu".. nabi Musa pun insaf dengan perbuatanya..

pengajaran yg dapat kita ambil disini, kita jgn la berharap sesuatu kepada makhluk, kerana mereka tiade kuase, tp mngadu dan minta lah kepada Allah, kerana Allah yg berkuasa menyembuh kan kt, bg kt kenyang, bg kt rezeki, kesenangan , semuanya dari Allah.. berhenti lah berharap pada makhluk.. mengadu la apa2 saja kepada Allah, kerana Allah maha mendengar lagi maha berkuasa..

insya'Allah kt akan sambung lagi.. Allahua'lam.. =)

2 comments:

Radin87 said...

benar..
makhluk tidak mendatangkan apa-apa manfaat dan mudharat.
Manfaat dan mudharat datang daripada Allah.

School Of Tots said...

Tahniah anakku kerana menjadi insan yg dipilih Allah untuk buat kerja dakwah. Istiqamah taat pada Allah dan Rasulullah untuk jadi manusia hebat yg berjaya di dunia dan akhirat. Takbir !!